95% MASIH KELIRU MENENTUKAN KEASLIAN MADU?

” Yakinlah, segala sesuatu adalah takdir dari Allah Subhanahu Taala…

Dialah yang menurunkan penyakit itu dan juga telah menurunkan ubatnya dan kadang-kadang Dia menghilangkan penyakit itu dengan tanpa sebab apapun juga, kerana Allah Taala Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Bagaimana Menentukan Madu Asli Hutan dan Madu Palsu?

Ujian yang dicadangkan,

  1.  Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
  2.  Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  3.  Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  4. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu).
  5. Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Gambar: Contoh Ujian Bakar Madu Namun Yang Terbaik Adalah Melalui Ujian Makmal Dengan Melihat Parameter Piawai Bagi Madu Mengikut Standard Akta Makanan 1983.

 

Video: Sifubee@Bahrin  Membuat Demo Tip Simple Menentukan Keaslian Madu (Khusus Madu Tualang RAW/Unprocess)

* tip di atas mungkin sedikit berbeza dengan madu kelulut/ternak komersil & madu import. Kaedah terbaik membuat ujian makmal sangat penting, INFO terbaru pengguna boleh membuat ujian di Makmal Institut Genom dengan harga yang murah ~ RM30 sahaja.

Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik.

Ujian yang dipertikaikan secara saintifik,

  • Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  • Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
  • Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan ‘stainless steel’.
  • Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah:wallahu’aklam, menurut pemerhatian kami bentuk yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan kami shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.

Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu supaya berhati-hati terhadap madu yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU rupanya RACUN yang sangat berbahaya. Jelasnya, kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah.

Tahukah Anda?

Kemanisan Madu ‘Sweetness’

Fruktosa adalah bahan termanis diikuti glukosa dan maltosa. Maka, kebanyakan madu yang mengandungi peratusan fruktosa yang lebih banyak menjadikan madu agak lebih manis berbanding gula dengan purata nisbah 1-1.5 kali manis berbanding gula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook