Siapa Kami

as-Salammua’laikum & Salam Sejahtera,

Kami adalah pengusaha Muslim yang berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2000 lagi, mula menjual madu ketika masih belajar di IPT Tempatan lagi sejak tahun 1997 kepada rakan-rakan. Dahulunya hanya menjual dengan bekas biasa dan kurang mendalami fakta-fakta mengenai madu sehingga timbullah kesedaran mengenai pentingnya madu untuk dikupas secara ilmiah. Alhamdulillah, kami akhirnya berusaha mendalami madu sehingga sering mengikuti pengembaraan memburu madu di Indonesia dan menternak lebah untuk mendalami sifat lebah. Mudah-mudahan pengalaman dan maklumat yang kami dapati dan pelajari dapat dikongsi kepada anda agar mendapatkan sedikit pengetahuan mengenai madu khususnya madu tualang agar tidak mudah tertipu dengan penjual-penjual madu yang tidak jujur.

Pemburu Madu Tualang

Gambar: Pemburuan Admin Madu Tualang di Sumatera, Indonesia