MADU TUALANG ASLI ? Kaitannya Dengan SEMUT, Rasa MANIS DAN GAS!

As-Salammua’laikum dan salam sejahtera buat peminat madu di mana jua anda berada, pertama sekali kami memohon maaf kerana jarang-jarang update blog madu ni…,pada kesempatan ini kami ingin berkongsi dengan tuan/puan berhubung isu yang sering ditanya dengan karakter madu ni… dengan harapan ianya dapat difikirkan bersama dengan lebih ilmiah, logik dan berfakta…kerana terlalu banyak pertanyaan dan andaian dari masyarakat yang agak kurang tepat apabila bercakap mengenai madu tualang…

Continue reading

FAKTA PENGKRISTALAN BAGI MADU !!!

Pengkristalan Bagi Madu (Honey Crystallization)

Apa ni tuan..kata jual madu asli tapi banyak gula dalam botol ni…?Saya baru beli kemarin, lepas tu simpan kat peti ais.. Selang beberapa hari nampak macam gula pasir je tuan dalam madu ni?Berniaga biarlah jujur tuan..kenapa campur gula.. lihat ni madu tuan ada gula pasir dah mengerak kat bahagian bawah botol ni? Nak pastikan madu tu ORI cuba letak peti ais kalau tak mengkristal asli la tu..? ungkapan dari beberapa pelanggan kami.

Bukan kami tak percaya tuan..tapi memang betul rasa mcm gula Melaka madu ni lepas tu ada mcm gula pasir mendap kat dalam botol? Mohon pencerahan..?

Persoalan di atas adalah beberapa respons dari pengguna madu yang biasa kami alami..ada yang beremosi ada yang mahukan penjelasan dan ada yang terus tak mau dengar apa2 penjelasan pun..itulah lumrah dalam berniaga..namun kami sesekali tidak menyalahkan pelanggan yang sangat dihormati kerana memang umumnya mereka rasa seperti ditipu dan terkejut kerana tidak tau bahawa madu yang boleh mengkristal seperti mendakan gula pasir.

Insya Allah..kami akan memberi beberapa input dan tip mengenai fenomena tersebut agar dapat menambah sedikit ilmu madu 🙂

imagescrystallisinghoney1

 

 

 

 

 

Gambar: Pengkristalan Madu di dalam botol.

Continue reading

Produk MADU TUALANG: MADU TAYYIBAH

529255_10151397987933161_501856825_nSila layari www.blogmadu2u.blogspot.com untuk fakta ilmiah mengenai madu tualang..

Madu Tayyibah yang kami namakan tersebut adalah madu asli hutan tualang atau biasa disebut Madu Tualang yang bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan diolah menjadi madu oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiatnya sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).

Continue reading